Harini dah start ASEAN ENTREPRENEURSHIP SUMMIT kat KL. Aku memang excited benda2 macamni, bukan sebab aku suka pergi seminar taping kat sini mcam2 boleh belajar. Free plak turn...
Masa ni la boleh jumpa ramai geng2 usahawan yang dh berjaya and boleh tanya macam2 soalan. Kalau time biasa mana nak dapat peluang macam ni. Diaorg pun tak ada masa nak jumpa kita. Paling best diaorg ni semua datang dari seluruh dunia. Awesome kan?
So first day ni aku masuk masterclass How to attract and retain customers in your website. Hopefully dapat something yang dapat tolong aku launch aronanatural.com dgn lebih berjaya.
Nanti aku cerita apa aronanatural punya bisnes yeh..he he he
OK..nak start belajar dulu.
Tata!
Note: Sejuk gila dalam ni. Esok aku bawak gebor let nampaknya..huhu!
Dalam dunia ni ada banyak nikmat yang kita bole syukuri. Kadang-kadang kita tak perasan sampai la bila kita dah hilang nikmat tu.
Macam sekarang keadaan ekonomi yg tak memberansangkan, (aku bukan cakap pasal ekonomi negara, aku cakap pasal ekonomi aku sendiri) aku dah tak dapat nak travel macam dulu.
Stress jugak la asyik terperap pikir macam-macam. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab masih sihat dan masih boleh berusaha.
So..selak2 la gambar dalam telefon...
Wallahhhhh!!! Jumpa gambar lama...syioknya ingat masa ni. Hahahaha!
Semalam aku sampai mimpi pergi holiday. Parah sangat dah aku ni...hahahahahahaha. mimpi free, tak payah bayorr kan..
So, aku nak share masa aku pergi Four Seasons Langkawi ni utk kali ke-3. Kali ni dapat upgrade ke suite. Ini nama dia villa family apa benda tah..hahaha
Best oi!! Besar gila, ada bilik tidor asing, ada swimming pool depan bilik, ada personal hammock, ada jacuzzi, outdoor shower..memang best la.
Right in front of the beach...awesome!
So korang layan la gambar ni, aku nak sambung berangan.
Pagi tadi lepas hantar Keisya pegi skolah, on the way balik tu...lampu merah kan. so semua stop la..
Aku plak pagi ni tetiba datang mood nak dengar lagu kuat-kuat. Sambil pikir macam-macam yang aku boleh pikir.
Tiba-tiba aku dengar bunyi macam benda kena ketuk. Aku ingat ka ada la keta eksiden ke apa. Sekali aku toleh, ada setan dua ekor atas motor tengah nak merompak. Yang setan kat belakang tengah ketuk cermin tingkap sebelah passenger tu. Dua kali ja dia ketuk, teruk berkecai. Aku rasa dia ketuk pakai hammer atau something keras. Sebab tak nampak dia pegang helmet. Pastu lubang kat cermin tu tak besar sangat. Dia cuba dok tarik beg driver tu tapi tak lepas sebab beg tu besar and lubang tu kecik. Alhamdulillah beg tu selamat, lain-lain kecederaan pun tak ada. Lepas dah tak berjaya setan tu pun blah.
Aku yang kat tepi ni dah macam tak ada tulang. Rasa lembik seluruh badan. Apa pun tak boleh nak buat. Ambik ganbar lagi jauh sekali la. Dekat gila dengan aku, kalau aku bukak tingkap capai pun dah boleh kena perompak tu. Kalau aku sengetkan kereta, mesti tersepit dia kat situ. Aku macam nak buat tapi kalau dia ada pistol macam mana? Dah tersepit kat situ, mau ditembak berkecai kepala aku. NAuzubillah hi min zallik. Kesian kat anak aku yang dua orang ni.
Sekarang ni kena hati-hati lebih sket. Barang-barang jangan letak la atas seat passenger tu. Kalau boleh letak kat bawah depan seat blakang. Bole paham ka? Kalau nak lagi elok letak dalam bonet terus. Pastu jangan la leka dengan keadaan sekeliling. Jangan asyik main fon saja.
Nak menolong sekarang pun seram, penjenayah sekarang bukan macam dulu. Pistol tu dah mcm aksesori ja. So mari la kita sama-sama beringat, sama-sama berjaga.
Aku harap akak tu tak trauma. Letak tinted 7 lapis lepas ni.
Apa-apa pun semoga kita sentiasa dilindungi Allah. Amin....
Beg aku walau macam konduktor bas, mak aku kata, tetap aku pakai yang ni utk setakat nak hantar anak, pegi pasar sebab senang. Naik keta aku campak ja kat depan seat belakang.
Lately ni aku banyak blog-blog orang yang dah berjaya. Especially yang berjaya dalam bisnes. Tak semestinya dia kaya raya teragung dah, yang dah berjaya memulakan bisnes pun aku baca. Sebab nak mula tu pun bukan senang. Sebenarnya step yang paling susah nak buat ialah BERMULA. Taking the first step. Sebab ada banyak uncertainty, tak tau nak berjaya ke nak melingkup projek kita tu. Nak pulak kalau kena ambik banyak risk. Labur duit yang banyak nak mula bisnes. Berhenti kerja tetap yang ada gaji tetap sebab nak mula bisnes. Hoi! scary..aku dah rasa..
So antara ciri-ciri yang aku nampak ialah:
1. Confident
2. Berani untuk ambik risiko
3. Passionate dengan apa yang dia buat. Kalau jual mekap, siang malam pagi petang cerita pasal mekap.
4.Kalau dia partner dengan suami atau isteri, each other memang bagi back up kuat. Tolong bukan setakat hal bisnes saja. Hal family pun tolong sama, Ada suami yg dia tak buat bisnes, isteri dia buat tapi dia tak back up. Expect timing kerja mcm org makan gaji. Ada yang bagus, even kalau weekend pun isteri atau suami kena keluar urusan bisnes, either one tolong handle hal family. Kalau suami yang tolong handle, mmg aku super respect. Sebab selalu aku dengar (aku tak kata semua) suami yang semua pun dia kata tak reti buat. Semua harap isteri. Untung la korang yang dapat husband yang understanding gila.
5.Family bagi support. Bila jadi usahawan ni, banyak naik turun. Sebelum nak naik, kdg turun dia tu teruk sgt. Sampai tahap sekupang duit pun dah tak ada. Masa tu la mula nak kena attack kiri kanan. Mula la keluar ayat-ayat pemedih jiwa.
"nak berniaga sangat, tengok apa dah jadi"
"Kalau tak berenti keja dulu puntak jadi macam ni"
"Dah ada keja elok-elok, ko berenti. Cari pasal berul la"
Kalau sobirin tak kuat...memang nangis tak berlagu ja hari-hari.
6. Financially ada back up. Let say, isteri yang nak buat bisnes. dia tak payah pening sebab yang lain-lain especially basic living necessity semua suami dah cover. Dia boleh fokus naikkan bisnes. Kalau ada extra then boleh la spend lebih sikit.
7. Ada ilmu, kalau tak ada berani pergi cari. Ni penting ni...kalau tak tau pebenda satu pun memang tak jadi. Kena belajar sikit-sikit kalau tak dapat belajar banyak-banyak.
Namun, macamana timba, gali, korek ilmu sekalipun tetap kita akan buat salah dan tanggung rugi, Tak ada bisnes yang perfect. Start2 terus maju. Graf mencanak serupa anak panah. Tak apa, salah dan silap tu pengalaman. Kalau tak ada pengalaman kita tak akan belajar. Bila kita tak belajar, kita tak akan berjaya.
8. Berdoa, tawakal dan mengadu dengan Allah. Allah knows best.
Setakat ni 8 ciri-ciri ni lah yang paling aku nampak membantu kejayaan. Selalunya bukan senang nak hidup seimbang, bisnes, famili, personal time tapi nak senang kena la berkorban kan.
ok..aku nak pegi cek berapa banyak ciri aku ada sekarang!
Hari-hari makan nasik jadi jemu. Bukak peti ais tengok ada seafood sikit pastu ada pulak balance spaghetti Laksa Johor yang orang order tengahhari tu, so let's masak Olio Aglio.
Aku baru tau sebenarnya Olio Aglio tu maksudnya Olive and Garlic. Memang pun la kan, main ingredient spaghetti ni garlic dengan olive oil.
Senang sangat nak buat tapi yang aku buat ni pun tak cukup bahan ni. Parsley tak ada, chilli flakes tak ada so kaler tak berapa menarik tapi rasa tetap sedap. Puji saja lah diri sendiri..hahaha
Memula cincang bawang putih sampai halus. Pastu tumis dalam olive oil sampai agak kuning-kuning sikit pastu campakkan seafood.
Seafood ni macam-macam korangbole letak. Sotong, udang, mussel, isi ikan. Ikut suka tekak la.
Aku tak suka nak masak seafood lama-lama sangat sampai naik kering tu, ala-ala masak and isi dia masih kenyal-kenyal tu aku suka.
Pastu dah tak ada sayur apa benda, aku campak la tomato sebab aku suka makan tomato. elok untuk kulit wei...murah plak tu.
Aku terletak banyak plak minyak olive tu. Biasa la..campak punya campak sekali melebih. Padan muka..hahahaha. Tak pa bole makan pun, olive oil elok untuk kesihatan.hahahaha..cover line.
Agak-agak air seafood tu dah kurang sket, masukkan la spaghetti. Digaul-gaul kasik sebati. Pastu kalau ada chilli flakes boleh la letak sekarang. Aku letak black pepper kemudian sebab budak-budak nak makan jugak. so kena la letak asing.
Aku pernah makan kat Delicious, dia letak cili padi..pedas tebal mulut aku. Hahahah..tapi sedap!
Tadaaaa sudah siap! Sekejap ja nak buat ni...
Silakan share kalau korang ada oleh resepi ni dengan cara yang lebih power so boleh la aku try..
Aku bersalin dah lama sebenarnya..anak aku pun December dah 2 tahun. Almaklumla...lama benor berenti menulis. Macam-macam la teringat nak cerita. Tetiba pulak arini terjumpa gambar ni, bidak ni tengah tido. Teringat susah beranak dulu. Wahh..nostalgia plak..muahahaha
Mula-mula sekali nak bagitau, tak ada maknanya nak berlagak nak menunjuk yang aku beranak kat Prince Court. Almaklum la sekarang ni, kita cerita yang betui pun org kata nak show off. Kalau masuk Prince Court ja nak cerita, masuk hospital gomen tak teringin pulak ya. Dua-dua aku dah rasa. Anak sulung beranak Hospital Putrajaya.Tak ada paling the hebat pun Prince Court. Tawakal Hospital lagi mahal sebenarnya.
Ok..kalau rasa nak tau boleh baca, kalau rasa nak keji..sila blah. Blog aku tak glamer ni pun ada haters. Sian orang jiwa kacau ni.
Ok lahhh...
Anak aku yang no 2, due date ialah 3.1.2014. Patut jadi anak tahun baru la tapi dah tak menyabar nak keluar. So aku kena czer 29.12.2013. Sian baru baru beranak 2-3 ari terus umur dah bertambah. Kalau ikut tahun la..hahaha
Actually kalau ikut plan semua, patutnya aku beranak normal. Semua ok...sampai la dah very last minute. Sebab baby tak keluar2 gak terpaksa la aku emergency czer. Anak aku yang sulung pun aku kena czer sebab dia songsang.
Aku check up semua macam biasa, sampai la dah week 41 masa tu. Langsung tak ada rasa sakit. Penat ada la. Perut dah besar gaban. Anak aku yang ni besar sikit. Contohnya mcm at 30weeks baby lain berat 500gm, dia dah 700gm. Bising doktor suruh aku diet. hahahahha..hari2 tibai roti canai. Nafsu makan pulak hari-hari nak makan daging. Ayam tak lalu, tengok pun menyampah. Keji betui..hahahaha
So hari Jumaat 27 December aku dah start sakit. Rasa mcam contraction kerap2. Aku kan tak pernah beranak normal, manatau kerap tu mcmmana. Siap call hospital. hahahahha. Padahal kat rumah siap pakai contraction timer. Tak regular pun tapi dah gelabah. Maybe tak sabar nak beranak sebab dah penat usung perut. Nurse tu pun pening nak layan aku, Dia kata kalau dah tak tahan sangat datang la hospital. Meh sini dia cek.
Ok kak! segera saya sampai...
So pegi la dengan laki aku, cek2 semua. Manada apa. Bukaan apa pun belum. Nurse tu kata lambat lagi ni. Sebab macam nak beranak sulung balik. Dis suruh balik la. Aku siap ngada nak duk wad. Lempang baru tau..hahahhaa. Bila aku ingat balik, bengong plak aku ni. Kalut ja.
So balik rumah, siap pegi ronda The Curve hari Sabtu tu. Beli cadar baru bagai. Sambil ronda sambil sakit. Aku tahan saja sebab tak mau false alarm lagi.
Balik malam tu makin sakit. Dia punya contraction pun dah panjang2. Aku tak mau malu kali kedua, aku tahan ja la. Sepanjang malam tak boleh tido. Sakit datangdan pergi. Gelisah tak tau apa nak buat.
Dalam pukul 4pagi mcmtu dah tak boleh tahan. Terus Helmi bawak aku pegi hospital. Aku bajet, kalau mcm ni punya sakit tak lama beranak la ni...yessa!
Sekali bila dah cek in labour room bagai, cek semua baru bukak 3cm. Adoi la! Mengada sangat ni terus request Epidural. Nurse kata mana boleh, at least 4cm baru boleh administer. Hadoi la! Camni rupanya sakit nak beranak normal.Tapi dia kata nanti dia akan paggil doc bius datang cek, kadang-kadang 3.5cm pun dah boleh.
Baby punya barang pun dah prepare tapi tak ajdi kelaur kat sini.
So dipendekkan cerita, doc pun datang la cek. Dia kata ok la..Boleh la pasang epidural. Masa tu dalam pukul 3 ptg. Dah setel pasang epidural, Doc bagi pecah air ketuban pulak. First time aku tengok berapa banyak air ketuban tu..hahahahha.
Pastu dia suruh tido, dia kata dalam pukul 9 rasanya dah beranak. Fuhhh lega aku dengar, sakit pun da kurang. Pakai epidural ni bukan tak sakit langsung cuma kurang banyak. Aku pun apa lagi, belasah tido la..dah berapa malam aku tak tido.
Kejap-kejap nurse datang cek.
Dah sampai pukul 9 malam apa pun tak terjadi lagi ni, opening pun tetap 3.5cm. So doc decide aku kena czer sebab dah lama sangat sakit pastu bukaan pun dok mcm tu jugak la. Tiba-tiba ja aku jadi syahdu syahdan tahap menangis teresak-esak. Aku pun tak tau pasai apa. Maybe frust sebab tak dapat beranak normal, maybe dah penat. Entah la...
So aku pun dibawak turun ke bilik operate.
Dup dap dup dap...
Masa tengah operate aku boleh rasa sakit ok..sakit pedih mcm tu. Siap bertekak dengan doc bius suruh top up ubat. Dia kata dah maximum dengan berat aku. Aku redha saja. Nurse dok siap pujuk-pujuk, sabar kak ya, dah nak siap dah ni. Doc pulak dok bebel sebab parut lama aku yang belah dalam tak cantik. Siap pesan jangan makan pati haruan lagi dah. Jadi selaput kat belah dalam.
Helmi tak boleh masuk sebab emergency czer...ppfftttt!
Aku dah tak pedulik, janji semua selamat. Sebab anak aku besar, masa doc nak keluarkan siap dengan aku terangkat badan. Allahurabbi!
Selesai semua keluar la budak ni.
Ahmad Khaer Rizqin Bin Ahmad Helmi
Alhamdulillah. Semua selesai, aku pun naik balik ke wad dalam pukul 11.30 mcm tu. Sakit tak abis s. Ubat tahan sakit dah tak boleh ambik kena tunggu next pukul 6am so redha tunggu sampai pagi. Siap meracau sebab sakit sangat. 5.50am aku dah suruh Helmi bagitau nurse suruh standby ubat. hahahah..kalut memanjang...
Ni dah esoknya...siap bagi pakai benda ni. Baby pun ada satu kat kaki. Bila duduk dekat-dekat dia keluar muzik. Aku peqak, asyik membelek...hahahahaha
Hari Selasa tu dah New Year. Aku masih kat hospital. Dapat la tengok bunga api free. Korang pilih la date dekat-dekat New Year..untung2 dapat tengok bunga api..hahahahhaha
So total days aku dok kat hospital ialah 5 hari 4 malam dengan total bil RM10k. Ni termasuk charge labour room, charge operation dan nursery.
So sekarang budak ni dah besar....dah banyak akal.
Namun parut aku masih tetap gatal...hahahahha..hadoiiii
Aku ni 2x beranak czer. So parut yang macam pirate tu memang ada. Siap pulak tu aku ni ada keloid. Tau dak keloid tu apa? Keloid tu parut yang hidup, mula-mula rata pastu dia kembung mcm dalam gambar tu. Makin digaru, makin menjadi. Dah la parut czer ko tau la kat mana kan...tergaru-garu terseluk-terseluk dah mcm apa..hahahahahaha! Lucah sungguh kalau kat khalyak awam. Memang tak tahan dia punya gataiiiiiiiii...
So Helmi ada beli Azanis Scar Serum untuk dia try kat parut jerawat dia. Aku tumpang la sekaki, Gigih aku sapu setiap kali mandi. Namun keciwa bagi aku sebab kurang berkesan untuk parut keloid. Aku pun memang tak harap akan ok sebab dah tau sifat perangai keloid ni. Memang payah nak hilang kalau setakat sapu serum or krim ni. Doktor pun dah cakap kalau aku nak repair keloid aku ni kena operate atau cucuk steroid ka apa camtu la. huhu! tak sanggup la aku.
Keloid ni lama-lama hilang jugak, tapi memang lama betui..aku ada lagi satu parut buang cyst. Lebih 5 tahun baru surut keloid ni. Bukan parut tu hilang, cuma dia dah tak kembong.
Namun tak mau bagi membaziaq Azanis Scar Serum ni, aku sapu kat muka.
Alhamdulillah! Memang parut-parut kat muka pudar. Pastu aku rasa macam aku jadi cerah sikit. hahaha! ka perasaan aku saja?
Tesktur dia cepat meresap, tak berminyak jadi kulit muka pun jadi lembap. Best gak la. Lagipun bahan dalam serum ni semua tak ada bahan kimia so confident la.
Harga kalau tak silap sebotol RM70 utk15ml. Lama jugak tahan sebab pakai sikit-sikit saja.
So boleh la nak cuba ya...aku tak jual. Aku cuma cerita based on experience.
Kalau nak boleh tengok kat FB diaorang sapa yang jual minyak ni.
Selamat Mencuba!
Tekstur serum ni lamost macam air sebab dia tak berminyak.
Sejak-sejak business slow ni, aku pun cuba la cari kerja part time sebab nak tambah income. Aku ingat senang la nak dapat kerja sebab bukan permanent.
Rupanya susah nak dapat kerja part time!
Aku bukan nak kerja senang, gaji banyak. Kerja biasa macam susun itu ini pun aku ok. Cuma timing saja la yang aku kena pilih sikit. kalau kerja dari pagi sampai malam, memang aku tak boleh la. Sebab aku ada anak 2 orang. Other than that aku ok ja kerja apa pun janji halal dan tak merepek. Kadang-kadang bila ada iklan kerja part time ni kena hati-hati sikit. Kalau yang offer gaji banyak, position glamer tapi senang ja nak dapat....hmmm...hati-hati la. Dulu aku pernah apply kerja macam ni. Masa tu aku tak ada pengalaman, tak tau apa benda so aku pun apply la. Sekali kena kerja jual barang dari satu tempat ke satu tempat. Alah..macam kadang ada orang approach kita masa kita tengah makan pastu nak jual itu ini tu. Haa..yang macam tu la. Gaji based on commission sebab tu bila iklan boleh letak gaji "up to RM3500". Hai-hati kalau ada ayat "up to" ni.
Back to story aku...
Aku dah pernah pergi apply kerja kat kedai buat wedding favours. Kerja dia lekat-lekat riben, buat wedding favours la. Gaji bukan banyak pun tapi timing keja tu ok. 10am - 6pm. So ok la...
Bila aku bagitau aku pernah kerja bank..bla2. Dia tanya last drawn salary semua terus aku tak dapat. Bukan la aku ni CEO bank dulu, bukan la gaji aku dulu RM500k sebulan tapi orang ingat aku ada udang sebalik mee. Kalau betul ada bagus la jugak, bolah jugak makan. Aku niat ihklas ni...nak cari duit.
Pastu aku pergi ZALORA apply part time Customer Service. Tak dapat jugak. Banyak kerja lain aku nak pun tak dapat. Macam retail assistant atau jual beauty product. Sebab aku tak ada experience.
Aiyo! Stress aku... kerja part time saja kot. Ke memang sekarang style macam tu? entah la..dah lama sangat aku tak pergi mintak kerja.
Aku cuba redha dengan ujian yang Allah bagi ni sambil usaha untuk naik balik. Aku dah start bisnes lain tapi akan ambik masa untuk naik.
Suatu masa dulu...hahahaha. Nampak sangat dah lama sangat. Aku and Helmi bawak budak-budak ni pi jalan-jalan kat Kuantan & terus lajak sampai ke Cherating. Dah tak jauh mana pun...pastu bawak sekali up, close and personal dengan penyu dekat Cherating Turtle Santuary Centre.
Jangankan budak-budak ni yang tak pernah tengok dekat, aku pun sama. Nasib tak boleh angkat pastu peluk.
Kecik ja tempat ni tapi ok la sekadar nak tengok penyu. Aku rasa Cherating ni kena buat something la, ada potensi untuk bagi jadi lagi meriah sebab sekarang ni rasa macam terbiar ja. Sayang betui!
Penyu ni rupanya banyak jenis. Aku pun tak ingat dah apa nama dia..hahahahaha
Ahmad Khaer said "Waddup yo turtle?"
Turtle Conservation ni pakai duit banyak sebab nak maintain tempat tu etc. So kalau ada lebih2 tu boleh la derma. Shian penyu!
Anak penyu di dah kena awet. Anak penyu kembar siam!
I NAK TUUUUUUUUU!!!!
Geli pun ada aku tengok anak penyu ni. Tergedik-gedik kaki dia.
Silalah melawat!
View dari bilik kami di Swiss Garden Cherating. Overall hotel ni ok. Dalam 5 star tu aku bagi 3 la. Swimming pool dia kotor gila. Banyak daun-daun kering and sampah dalam tu.
Ramai orang pakai pastu staff dia tak keep up sangat. Paling aku tak boleh tahan, sekali tu aku pijak apa benda tah...lembik2. Ayo! siot ja..hahaha. Ish!
Anak punya pasal aku layan saja la. Budak-budak kan, cuti maksudnya swimming pool. Lain-lain semua dia tak heran.
So sekali sekala dapat cuti camni best jugak.
Haihhhh..bila lagi la nak dapat pegi jalan lagi ni???
Sense and colours for everyone! Authentic lipstick and perfume.
www.renchah.com
About Me
I'm a Taurean. Mother of 2. Somebody's wife. Hate "what if" in life. So here I am, pursuing adventure in my life... Any queries email me at norahimah@gmail.com.