Semenjak dua menjak
ni aku menjadi seorang yg sgt obsess dengan penurunan berat badan. Aku tak de
la gemuk pun, masih kategori kurus…Cuma longgokan lemak itu ada ditempat2 yg
sensitip. Pinggul dh mcm mak badak pulang petang. Lengan dah ada lapisan lemak
ayam belanda.Bila ko bye2, lengan pun
bye2 sama…haishhh!!so tak attractive. Muka dah la buruk sikit daripada Kate Moss.Adoiyaii!!
maka langkah drastic perlu diambil. Walo desperate, jgn sesekali ko ambik benda
harommmm!!contohnya seperti pil ecstacy yg buat ko bergoyang 24jam,pastu
xmakan, pastu jadi kurus..last2 kiok mcm cicak kering tersepit celah pintu. Hisap
rokok yg kononnya boleh kuruskan badan(tp paru2 dah hitam
berkeladak)*uhuk*semuaituceritalama*uhuk*…maka sehaluan dengan masalah diatas,
aku telah mencuba sesuatu yg telah lama ada dipasaran…jeng…jeng!!!!
Dah lama aku tau benda ni wujud, tapi aku tak pernah try
yang ni. Dulu aku pernah Jamu Tea ni.
Dia punya efek mak aiii…pecut 100m aku ke
toilet. Pastu rasa dia pahit, tak lepas tekak aku. Jadi lepas sepeket, aku
tobat!
So Teh Herba Orang Kampung dengan Limau Purut ni efek dia
sama jugak. Lebih kurang 8-10 jam lepas minum, ko mmg akan membuang. Paling
best tu, aku minum dalam pukul 9 sebelum tido, esok pagi pukul 6 camtu mula la
sakit perut. Elok sangat la, terus bangun mandi nak pegi keja…kalau tidak jenuh
laki aku kejut suruh bangun, liatnya ya ampun. Yes bebeh…laki yg kejut pegi
keja. Ko ader???muahahaha…ampun bie!kehkehkehkeh…
So masuk arini, dh dah dua uncang aku minum andddddd mmg aku
terasa perut kempis, badan ringan, and aku dah tak sembelit. Aku ni memang
masalah perkumuhan sikit. Payah nak membuang. Maka verdictnya ialah…harus la
kalian mencuba kalau ada masalah yang sama dengan aku. Tapi bab ke jamban tu ko
tabah la sikit…kata nk kurus kannnnnnn……..yg penting satu lagi bab teh ialah,
harganya yg memang mampu milik. Aku beli sekotak RM20, walo sebenarnya harganya
lebih murah iaitu RM 15-17..ya saya suda kena kencing disitu.Takpe2…aku mmg tak
beli dah kat kedai dalam Tesco Extra Selayang tuh..huh!!
Oh ya…sebelum aku terlupa, mak2 yang sedang aktif menyusu
badan, tolong jgn minum teh ni…sian baby kang cirit sama yer…
Bye!
UPDATE: Berat badan dah turun 2kg....gembira2...lepas dh seminggu minum, dah tak ada lagi larian pecut ke toilet...saya suka!
Wrote by Nora

