Aku lah SUPERMAMA!
Meh
aku nak share sedikit sebanyak experience menyusukan anak...aku bukan nak
mengajar sesiapa, cuma nak berkongsi. Pengalaman setiap ibu tu berlainan, jadi
aku rasa apa salahnya berkongsi kan..kan..kan..?Mana la tau ada benda yang aku
bleh buat teladan...
Ok
jum lah bermula, sedikit pengenalan...anak aku sorang ja, (setakat ni la)
adorable little girl. Aku dah menyusukan dia selama 1 tahun 4 bulan. Fully
breastfeed sampai 1 tahun, lepas tu dah mula bercampur dengan susu formula. Sekarang
lepas balik keja je dia akan fully breastfeed. How I wish aku lebih kuat untuk
terus fully breastfeed dia.100% susu ibu tanpa campur....tapi tu la willpower
agak kurennnggggg..terjebak jua dgn susu formula. Aku bukan nak condemn sesiapa
yg nyusukan anak dengan susu formula, ini semua personal preference.
Suka ati korang la nak susukan mcmmana, janji korang bahagia, anak korang sihat
walafiat dan cemerlang!!!
Masa
aku pregnant, memang aku dah set target, anak keluar ja, aku mmg nak
breastfeed. Langsung tak ada check out susu formula apa yg ada di pasaran, ala2
tegar la..hahaha. Aku bersalin pun kat spital gomen and memang spital gomen ni
sangat2 mengalakkan, menyuruh, mengajar ibu2 untuk bagi susu badan. Memang
kepantangan nurse2 kat sana kalau ko sebuk2 nak bancuh susu tepung tu. Ada
kawan aku tu, suami dia siap seludup susu tepung…(dh mcm seludup ganja lak
gayanya..huhuhu)
sabar baby... karang mama balik nyusu lah puas2
(gambar ehsan Google)
Within satu jam lepas bersalin, terus baby aku diletakkan atas
dada, and secara auto dia terus hisap. Aku bajet mmg semua baby camni la...by
default dah tau apa nak buat bila letak atas dada tu, rupanya Doc aku cakap ada
jugak baby yg tak tau apa nak buat pastu nangis2 sebab lapar.
Welll....confirmed anak aku pun cam aku gak, bab makan xpayah
diajar..hakhakhak!!:P.
Ok FYI, sangat penting ya untuk baby dibreastfeed within 1st one
hour tu supaya dia dpt khasiat kolustrum (cecair yg mula2 keluar yg mengandungi
khasiat2 penting untuk baby) dan untuk established milkflow...(wahhh...speaking
like a doctor ayy!!)alahhh..benda2 ni semua ko boleh google and buat la research
sket. Nak jadi parent kena la timba ilmu, jgn ko menimba air jer..ok
girlfren?:D
Ni la rupa kolustrum tu...yg sebelah kiri
(gambar ehsan Google)
So basically tu la first experience aku masa mula2 menceburkan
diri dalam bidang penyusuan ibu nih …TAPI tu pengalaman pertama jer, pastu mcm2
lagi aku lalui…sampai lah ke hari ni. Nanti aku share lagi experience2 yg lain
okay?
Cuma satu pesanan aku, kalau kita dah tekad nk menyusukan,
insyaallah Allah akan bantu walaupun kdg kala jalan tu agak berliku jugak la.
Besar pahala dan manfaatnya buat kita dan anak2 kita.So tabahkan hati and
CHAIYOK2!!
Allah swt melalui firmannya di dalam
surah Al Baqarah, ayat ke 233:
"Para ibu hendaklah menyusui
anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan
penyusuan"
(surah Al Baqarah ayat 233)
Tags:
Breastfeeding
My life
1 comments
harap aku jugak dapat bagi susu badan kat baby hehe
ReplyDeleteWhat do you think?