Four Seasons Langkawi (Part 1)
Yaaa...mari kita cerita pasal short retreat aku few weeks ago...kali ni aku pegi ke Langkawi atau nama lainnya Langkawi Permata Kedah. Aku setuju benar nama tu. Langkawi adalah salah satu punca ramai pelancong asing kenal Malaysia dan secara tidak langsung memahsyurkan nama Kedah sekali. Langkawi sekarang dah jauhhhhh maju berbanding few years back. Sekarang dah ada Starbucks, ATM merata2, kat Chenang pun dah ada mall walopun kecik. Kedai makan pun dah bukak sampai lewat. Kedai kasut Vincci pun dah ada, kalau tidak dulu BATA atau Marie Claire pilihan ramai rakyat yang nak bergaya dengan kasut2 lawa. Panggung Wayang pun ada. Dulu pun ada, tapi tak dapat sambutan. Sekarang aku dengar tiap2 minggu ada yg pegi tgk wayang*ehem* walaupun filem2 yg sampai sana kadang2 ala delayed telecast. Pinggan mangkuk, minyak gamat serba serbi ko tak payah cerita la....rasa macam nak charter satu kapal terbang khas nak angkut semua bawak balik dek kerna harga sesetengah barang yang agak diluar batas akal. Cuba ko bayangkan, satu set cawan teh dengan teko gemuk ala beauty and the beast baru RM19. Siap packaging lawa dalam kotak bunga2. Design wise, mmg boleh diterima masyarakat umum. Ada yg berlilit mutiara keliling cawan. Ko mampu?dah ala2 minum kat Sri Perdana dah...TAPI kualiti adalah setanding harga, walopun aku tak nafikan sesetengah barang walopun barang memang berbaloi beli and tahan lama. Kedai yang paling famous untuk kaum2 ibu kebanyakan menjadi histeria lantas mengeluarkan segala kepingan wang ringgit ialah Idaman Suri. Kedainya memang luas, selesa ko nak membeli sehingga rebah. Ada pinggan mangkuk, cawan, sudu, periuk belanga jenama dari China sehingga Jerman. Sudu garpu, cadar, towel segala mak nenek anddddd coklat pelbagai perisa yg boleh menyebabkan migrain aku menyerang setiap hari. Personally aku rasa ko dah tak payah nak pegi pelbagai kedai kat Langkawi ni untuk beli segala barang2 mcm yang aku sebut tu. Satu kedai ni dah cukup. Tapi maaf la, aku tak ambik gambar sebabnya aku dah pegi kedai ni sampai dah tahap jadi Platinum customer, walopun setiap kali pegi belum tentu beli.Memang tiap2 taun aku pegi Langkawi. Kawan aku kata aku dah kena sumpahan air Langkawi..ngehx3!!So sila la pakai encik Google kalau nak tengok rupa kedai and lokasinya yer...pergh!panjang pulak mukadimah kata....ok moving on...............
So this trip cuma for 3 hari 2 malam...Flight kitaorg dar KL ialah pukul 8.30am. Semangat bangun pukul 5.30am, bersiap segala bagai. Kejutkan Keisya bangun tido, rileks ja muka dia kena bangun awal subuh. Kena mandi lagi segala...ko memang macam mama, kalau nak jalan semua pun boleh..hehhehe...boleh la punya dok leka bersiap, tengok2 jam dah pukul 6.30am. Bajet nak keluar dari rumah pukul 6.00am. At least tak la terkejar nak ke KLIA, manatau tengah jalan ada eksiden jem ke apa. Dah kalut aku laki bini. Pastu dengan baru nak isi minyaknya lagi...adoii la laki!So lepas dah setel minyak semua...terus ke KLIA. Sampai sana dah pukul 7.30am. Aku dah agak cuak. Alamak sempat lagi ke nak check in beg ni?tp fret not, dengan adanya check in kiosk segalanya jadi mudah. Check in di situ dan terus ambik boarding pass and kemudian proceed ke counter yang tulis baggage drop. Sonang bah itu! While aku buat semua tu, Helmi pegi parking kereta. Kitaorg malas nak naik ERL sebab nak kena pegi KL Sentral dulu, pastu baru nak naik tren. So we decide park jer kat KLIA. Memang selamat parking disitu.Ada dua tempat parking ,satu for short term parking. Mac 3d2n ni la. Satu lagi long term parking kalau more than 3 days dia bagi ko parking situ sbb yg long term punya rate murah sikit. For 3 days 2 nite punya parking, kitaorang kena charge RM132.
So after all the drama...hahahha...sampai la kat Langkawi....Flightnya cuma 55mins.
Muka tabah seorang suami menunggu beg yang tak kunjung tiba. Beg kitaorang keluar last, dah lenggang arrival hall masa tu..haish!
Sepanjang pagi senyum jer....biasala si kenit ni, kalau berjalan HAPPY!
Lepas dah setel semua tu, kitaorang ambik kereta yang disewa and terus proceed ke hotel. Kalau nak sewa kereta murah, boleh contact aku.*DUTA PELANCONGAN LANGKAWI* ahaks!dari hotel nak ke Four Seasons Resort ambik masa dalam 30mins.Sampai kat sana terus check in. Nama pun hotel eksklusip, check in buka kat kaunter, dia bawak ko lepak tepi pond ni dulu sambil dihidangkan air limau berserai and cold towel,Sedap air tu!memang refreshing...
Ni la view tempat check in tu
Sebahagian hiasan kat area check in. Rasa macam nak cilok jer idea ni buat kat rumah aku...hehehehe |
Cepat maa minum...jom pegi bilik!
Bilik kitaorang 1301. Nama dia Upper Melaleuca. |
Tangga towards the room and interior bilik. |
View dari bilik. Bilik ni partial seaview, tapi sebenarnya suku2 laut jer kot yang aku nampak. Jadik la...
|
Ada nampak suku2 laut disitu? |
Memang tak suka kalau kena masuk dalam cot. Baby Cot ni dia memang letak bila hotel tau ko akan datang dengan infant.
|
Kitaorg try kedai pizza ni dekat Chenang...ok la not bad, harga level KL gak.
|
aku yang cuba bergaya ala2 pamphlet produk pelancongan...ppfffttt!!
|
Lepas dah makan and jalan2 sikit...kitaorg balik semula ke hotel untuk rest and relax. Seperti biasa Keisya mesti check in dalam bath tub. Helmi tido. Masa ni la aku layan lagu Cinta Pantai Merdeka...hahaha!
In the room, ni jer la kejenya...berendam lam bath tub. Pastu buat muka tak bersalah...gggrrrrr!!!!
|
Lepas matahari dah reda sikit, baru la kitaorang turun ke pantai. Ni walkway nak ke pantai. cantik kan?macam kat Mesir lak aku rasa...resort ni tema dia ala2 medditeranean.
Background putih kat belakang tu ialah laut |
Singgah jap, posing secara innocent. |
Pantai Tg. Rhu...area depan hotel.Air sangat tenang. Since hotel provide FOC non motorised equipment mcm kayak, hobie cat, surfing (surfing mende, ombak tinggi seinci jer) and beberapa benda lain. Boleh la kalau nak cuba bakat yer...
Tolong ambil penceduk I tuh... |
Yipeee!!gelumang dalam pasir, habis seluar aku sampai sekarang tak abis basuh nak buang pasir...sesal kemudian tiada gunanya...
|
pose ala2 dugong terdampar |
"banyak betul pasir, dari tadi korek tak abis2"
alolololo comelnya kalau dapat main air
Balik jer bilik lepas dah bergolek sakan kat pantai tu...penatnyer ya ampun. Lapar tahap tertinggi. Terus siap2 kluar dinner. Balik dinner Keisya dah pengsan, aku pun dah nak pengsan.Terus tidur la pe lagi...Sedapnya tilam dia jah oi!huarghhh...penat dah aku tulis ni...sambung nanti ya!hehe
Balik jer bilik lepas dah bergolek sakan kat pantai tu...penatnyer ya ampun. Lapar tahap tertinggi. Terus siap2 kluar dinner. Balik dinner Keisya dah pengsan, aku pun dah nak pengsan.Terus tidur la pe lagi...Sedapnya tilam dia jah oi!huarghhh...penat dah aku tulis ni...sambung nanti ya!hehe
Tags:
Four Seasons Langkawi
Travel
2 comments
Lama dah aku tak pi langkawi. teringin sangat nak pi. tapi laki aku tak sporting. dia tak mau pi. alasan, takdak apa kat sana. tempat makan semua tak best. buhsan. grrrr
ReplyDeletepic header hang tuh, memang macam pamplet iklan pelancongan. cantekkk
Aku ni tetiap tahun mesti pi sana.Bak kata kwn aku, dh mcm kena sumpahan mahsuri..hahaha!Makan wise,boleh tahan la...skrg pun dh ada mcm2 .Penang lebih byk choice.
ReplyDeleteWhat do you think?