Kinderkaizen Gombak - 1st Day Trial Class

So semalam kan aku cerita hari ni nak bawak Keisya pergi trial class dekat Kinderkaizen. Dah balik pun ni haa..haha. Penatnya macam aku yang melompat dalam tu.

Macamana aku boleh tau pasal KinderKaizen ni? Aku ada follow FB Page: Meet Afzan Maria -The Early Childhood Practitioner. Banyak la tips2 Dr. Maria ni bagi untuk mak bapak. Aku tak tau pun dia ada buka centre nih sampai la kawan aku bawak anak dia and enrolled dekat centre di Penang.

Lepas aku tgk dia share kat FB tu, aku decided nak bawak Keisya pergi untuk trial class. Trial class dia 3 hari. So aku contact operator yang branch Gombak sebab dekat dengan rumah aku and dia terus suruh aku datang esoknya tu.



So malam tu dah prepare mental si Keisya, "esok pegi school baru ok, kena bangun awal so malam ni tidur awal ok". 

Pagi dalam pukul 7.15am keluar hantar adik dulu pegi rumah Tok Ibu dia pastu terus shoot ke Gombak. Mak ai punya la banyak traffic light sementara nak sampai. Sabarun saja la...


KinderKaizen ni dekat dengan Medan Idaman Gombak, belakang Ong Tai Kim. Orang Gombak mesti tau punya Ong Tai Kim ni..haha

Kelas kat tingkat 4. Mengah aku panjat tangga. Stamina outttttt!! Branch ni baru ja bukak. Lepas new year haritu. Barang pun banyak yang tak sampai lagi.

Sampai ja bukak pintu, ceria sungguh cikgu cikgi menyambut. Ada 3 cikgu. Macam-macam la kitaorang sembang while Keisya dah start kelas dia. Actually tak ada kelas pun..open space pastu ada toys. Konsep KinderKaizen ni ialah bagi budak yang early childhood ni belajar through play. So memang diaorang biar anak-anak ni semua explore semua toys yang ada kat situ.

Aku tunggu dari pukul 8am tu sampai 12.30noon. Bukan nak kiasu tapi aku malas nak balik..haha! Alang-alang bole observe sekali kan. 


Teacher- teacher dekat situ. Ni kawasan area buat craft dan makan. Ada meja kenit-kenit kat situ.


Kawasan lapang ni budak-budak suka. Melompat tungging terbalik, menari, menyanyi, storytelling. Memang bebas la nak expresskan diri masing dan jugak nak lepaskan tenaga extra yang terlebih-lebih extra tu. Nampak mcam kosong sebab ada barang belum sampai contoh macam toy house.


 Aku dah sembang dengan owner branch ni, dia kata nanti ada rock climbing la, rope apa benda tah. Macam-macam lagi la aktiviti.


Ini quite room. Masuk sini baca buku or nak me time. 


Still dalam quite room tapi different section.


Dia orang sangat penting anak-anak belajar secara natural. Bukan la main saja dari pagi sampai petang. Sambil main sambil belajar. Belajar adab. Ada 5 Golden Rules:

1. Be Responsible
2. Be respectful
3. Be Safe
4. Be Kind

satu lagi aku tak ingat..hahaha.Contoh macam kalau nak toy yang ada kat tangan orang lain, kena mintak dulu. Bukan terus rebut ja. Kalau buat salah, kena mintak maaf. Benda-benda macam tu la.

Best eh?

Of course Islamik punya elemen pun ada, sembahyang Dhuha. teacher akan sembahyang depan budak-budak. Ajak diaorang ambik wuduk. 

Budak - budak ni banyak belajar dari apa yang diaorang tengok. Aku percaya tu memang powerful. Ada benda yang aku buat tapi tak perasan anak aku monitor ja. Tiba-tiba satu hari dia buat..nasib bukan benda tak senonoh. Hahahaha!

Makan 2 kali, snack time and lunch. Snack pun tak snack sangat la...sebab makan nasik lemak. 

Masa makan kalau nak pergi dulu, kena mintak permission.  Adab la tu...sebab orang lain belum habis makan. Suka sangat aku nihhhhhhhhhh!!

Keisya main sampai dia bgtau aku dia tired. Jarang terjadi okay! Main-main pastu cakap tired. 

So berapa pulak nak kena bayar ni?

Yuran yang sangat berpatutan. 


Yang ni yuran untuk full day, sebulan 600. Registration fee yang RM1000 tu dah termasuk yuran bulan 11.



Ni untuk half day. Aku hantar Keisya yang ni saja la. 

Uniform tak ada tapi kalau nak boleh beli t-shirt. RM20 sehelai. Basically memang yuran tu pakai untuk beli barang mentah untuk aktiviti. Cookies making pun ado!

Bagi sesiap yng berminat bole la tengok FB diaorang untuk more info.




Share:

3 comments

What do you think?