Cerita sekolah Keisya - 2015

Keisya last year 4 tahun. So kitaorg decide untuk hantar dia pergi sekolah. Aku berkenan sangat nak hantar ke Brainy Bunch. Sebab dia Islamik dan English Medium. Dekat area rumah aku tak ada Brainy Bunch. Paling dekat pun area Setapak. Nak ulang alik hantar- ambik-hantar-ambik tu bole tahan jugak la lepas campur tolak bahagi jem semua. Dekat area rumah aku ni pun ada banyak tadika Islamik yang lain tapi kalau boleh nak cari yang area rumah teres. Nak bagi anak merasa main2 kat luar semua.

So cari punya cari terjumpa la signboard satu sekolah ni. Al Baghdadi Playtime Centre. Dekat jugak la dengan area rumah aku. So kitaorg pun setuju hantar situ. Yurannya sebulan RM265. Pukul 8am - 12noon.

Memula masuk skolah tu semangat la Keisya sebab dapat baju baru semua. Suka dia... Sebelum tu pun kitaorg ada exposed kan dia dekat playcentre macam Gymboree semua tu. Tak ada lah selalu, sebab jauh jugak Gymboree tu dengan rumah aku. Just nak bagi dia experience.

Aku ala terkagum jugak la sebab lepas 3 weeks anak aku masuk sini, dia dah boleh hafal 9 ayat Surah Yasiin. Aku sendiri nak ajar dia bismillah pun dia malas nak layan aku..haha. Dia boleh hafal niat Dhuha, pandai cara2 semayang. Nampak la perubahan bab tu. Alhamdulillah.

Dah 2 bulan macam tu, mula la malas nak sekolah semua. Macam-macam aku buat. Sampai naik stress aku. Pagi2 dah melolong macam tarzan sebab nak suruh bangun pergi sekolah. Aku tengok minat dia makin lama, makin kurang. Aku perasan lepas cikgu dia yang 1st tu resign, dia dah hilang minat.

So aku buat observation aku.

Aku tengok cikgu cikgi macam tak semangat ja pagi2. Senyum pun tak. Sorang ja yg ramah tamah. Lain-lain semua muka boring ja. Dah almost year end tu baru aku tau, rupanya workload banyak tapi gaji kecik. Ada yang dok cari2 kerja lain. Kurang motivasi la kot...

Aku ada jugak compare sekolah anak aku dengan sekolah lain. Sekolah lain meriah ja nampak. Ke sana sini. Sukan pun meriah. Aku perasan sekolah ni banyak buat kerja last minute. Dh nak buat something baru la nak inform. Nampak macam planning tak proper. Aku dah la bukan bole jenis2 last minute ni.

Anak aku masih sama, sangat la tak minat nak pergi sekolah. Pembelajaran wise, aku xnampak apa yang improve. Sama ja aku rasa. Message pun dah tak ada apa2 message lagi dah.

Last year kan jerebu teruk, so itu la excuse diaorg bagi bila aku tanya kenapa tak banyak akitiviti. Cikgu tu bgtau, diaorang plan dh last minute pastu jerebu so tak boleh pergi. Nak pergi kilang roti dah fully booked. Hhmmm...

Aku pun layankan saja la sampai hujung tahun sebab ada konsert. Konsert ni memang aku tak puas hati. Aturcara dari 9am sampai pukul 1pm. Pukul 11am dah habis. Habis awal tu aku tak kisah, cumanya memang kelam kabut gila. Anak aku naik atas pentas kurang dari seminit masa buat show. Kesian gila dia. Dah la hari-hari menyanyi ria practice segala. Pastu dah la sekolah bgtau last minute nak baju itu ini. Beria aku beli kain, suruh mak aku jahit segala. Pakai tak sempat apa.

All in all memang aku tak expect macam ni punya experience untuk anak aku. Dulu masa aku nak register, aku ada tanya, sekolah ni jenis yang pentingkan kan akademik sahaja ke mcm mana? Oh tak..kita balance. Akademik dan growth anak2 tu seniri. End up hujung tahun ada segala pelajar terbaik segala mak nenek. Anak aku tak dapat tu tak apa, aku tak kisah. Cuma aku tak gemar style mcm ni. Baru 4 taun kot...aku nak different kind of exposure untuk anak aku.

Hhhmm..maybe aku salah pilih sekolah.

All in all...aku bagi 5/10. Kalau korang nak hantar anak untuk menghafaz, mmg bagus. Aku nampak dah anak aku mcmmana.

So untuk tahun 2015 ni Keisya belum sekolah lagi. Esok ada trial class dekat KinderKaizen. Kalau okey, aku terus ja hantar sini. Biar dia main puas2 explore world dia sendiri. Bagi aku, pandai akademik bukan menjamin segala-galanya. Memang la kalau anak pandai sampai jadi doktor ke, mak bapak bangga tapi life is more than that.

So nanti aku cerita apa jadi kat KinderKaizen plak ya.

Daa!


Share:

0 comments

What do you think?