Jalan-jalan Aquaria

Lepas keluar dari MITA Fair tu, pegi makan dekat Fuel Shack. Kitaorg mmg suka makan kat situ, sebab rasa mcm burger dia tu sedap berbaloi dengan harga. Budak-budak 2 orang tu lain tak de la, fries dengan milkshake saja. Aku try mango milk shake. Ok lah..lebih prefer coffee milk shake.

Lepas tu nak balik rasa awal lagi. Al maklum lah, keluar rumah lewat sikit dari subuh. hahahaha..
Pastu ajak Helmi bawak budak-budak pegi Aquaria sebab tepi tu je kan.


Sibuk betul photobomber kat belakang tu.


Hi!


2 orang ni kalau ajak bergambar memang kecoh. Aku rasa dengar suara aku je kat situ. Dah kalah tourist China. hahahahahha!

"Keisya smile"
"Khaer smile"
Khaer look here"
"Khaer stand up"
Khaer wait
"Khaer..khaerr..khaerrrrrr"

Selalunya memang kecoh dengan adik ja. Akak camera ready!


Tapak Sleman..Patrick Starfish. 


Menjerit-jerit tengok Starfish. Suruh pegang terus meloncat.


Cantik sisik dia...tapi gigi kemain banyak.

hi! nama saya piranha...nak try gigi saya?


Ini kawan-kawan saya.


Bamboo shark. Siang tido, malam berjaga. Pemalu katanya. Boleh la kalau nak pegang. Kalau namanya shark, ko pemalu pun belum tentu aku nak pegang.


Ni kalau kena terus kembang rambut aku!


Elephant fish.


Dia ni memang camni...hahahahahha


Nak sangat naik atas tu nak tengok Otter. Papa acah nak tinggal, kelam kabut nak turun tapi tak boleh. Terus jerit2. Anak aku memang suka jerit2 ni...


Spesies keli ni..nama dalam IC tak ingat pulak.


Ikan ni comel je. Pakat-pakat terjongol keluar dari tanah.


Rasa macam nak tarik ja...

Muka macam bosan jer kan budak2 tu? 

Keisya tengah loncat sana sini pastu kena tangkap ambik gambar. Khaer tengah risau tengok ikan besar dari dia,


Besar-besar ikan dalam ni. Seram gak kalau pikir terjatuh dalam ni.


Dia ni muka gangster abis. Tua gila dah ni aku rasa. Muka berkedut. Dalam tank ni dia la paling besar. Semacam jer melintas. Pastu asal org datang dekat cermin dia pun sampai.


Papa acah angkat pastu nak ukur muat tak nak masuk dalam perut ikan ni, terus laju jer lari. hahahahahaha!


Tangki ikan air tawar.


Ni sotong kurita up, close and personal. 1st time datang dulu takde dia ni. Baru join lettew. Terus teringat cerita katun penguin tu, penguin madagascar tuh...kan sotong ni jadi jahat.

tak tau? balik ni pi tengok pattt!


Lepak lama sikit depan akuarium ni. Dapat buat camni dalam rumah mesti best gila. Pastu berenang terus dalam tu..hahahaha


So tu jer la gambar yang sempat nak ambik sebelum fon abis bateri. 

Kitaorg langsung tak berenti bila staff dia suruh ambik gambar. Tak kuasa aku. Kang mesti nak membeli gambar tu. Dah print sesiap gambar kita, takkan nak biar buang plak kan. So senang yah ambik gambar. Dulu dah ada satu set. cukup lah...

Pas balik KLCC singgah Sunway Putra Mall pulak. Beli diapers, Murah gak la dapat, Pet Pet satu beg RM28.90 camtu. Beli 3 terus. Senang tak yah nak keputusan stok di tengah bulan.

Pastu baru balik rumah, lepak-lepak kejap. Keluar balik pegi Jaya Grocer beli groceries. Balik beli groceries terus terlepek, penat ya ampun. Budak-budak pengsan terus.

Rehat dulu sebab esok ada aktiviti lagi...sakan betul!


Share:

0 comments

What do you think?