Subak Restoran, Sg Penchala

Aku pegi Subak Restaurant ni dah lama sebenarnya, many many moon ago. Puas memujuk Helmi nak makan kat sana.pujukan akhirnya berjaya!hehe....Cemana aku boleh tau pasal Subak ni?sebelum aku pergi ni, aku pernah plan nak buat birthday parti Keisya kat sini. Siap dah mintak quotation semua. Tapi last-last tak jadik, sebab akak aku suruh join sekali dengan birthday party anak dia. So aku buat research sikit, ada la orang yang pernah buat jamuan semua kat sini...nampak cam menarik, maka harusla dicuba. Sebab tak dapat nak buat jamuan, aku tetap nak datang nak rasa makanan kat sini.

Walaupun dah lama aku tetap nak share demi nak berkongsi ilmu dan pengetahuan. First of all mari kita tengok lokasinya dimana.. .


Subak Restaurant
Jalan Penchala Indah, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7729 9030 

Kalau mengikut peta, Subak terletak kawasan yang bertanda A itu. Kalau ko ikut LDP, sila masuk ikut signboard Flora Damansara. Kalau dari jalan lain-lain, sila google sendiri map, sebab kalau aku yang bagi direction bukan ke Subak ko sudahnya, mau ko sebak dalam keta sesat sebab tak jumpa...Subak ni agak tersorok lokasinya, bagi amatur jalan raya mungkin agak mencabar la nak cari tempat ni.

Ok...disebabkan aku pergi dengan en. Helmi yang pakar mencari jalan, maka sampai la aku 3 beranak disana dengan jayanya. 

Yeayy dah sampai!ini lah Subak...dari luar ko akan nampak ni


pastu kene memanjat ni...keta kena parking bawah. Semput jugak la dengan stamina tahap zero aku ni.

TAPI jangan risau, ko daki setakat tangga tu jer..bukan tangga depan ni, tangga belakang sana dekat pokok nun. Situ entrance dia...

Tengah-tengah restoran ni ada mcm kolam, pokok berjurai penuh la kat situ...

Dari tempat aku duduk, sebelah kiri viewnya ialah ini...sungai ke longkang aku pun tak pasti...tapi yang pasti memang tak menarik..dengan sampah lagi bertaburan disitu..haishhh!

Pusing belakang, ni lah viewnya. Lereng bukit ke panggil ni?..biasa...tapi hijau mata memandang.

Bila dah banyak pokok, pastu ada lak air bertakung...sudahnya nyamuk bermaharajalela...fuhhhh!!memang mencabar makan kat sini, satu tangan suap, satu tangan tampar nyamuk. Ubat nyamuk yang staff Subak ni bakar memang tak memberi kesan. 


Tabah tul laki aku pangku anak yang tak mau bangun dari tido


Ubah Keisya masuk dalam stroller, tido tetap tido tapi tangan tak boleh lepas tu...gayat kot!haha..

So dah settle down lebih kurang...kita org punbelek-belek la menu. Sori la aku tak ambik gambar menu, sebab keterujaan lebih nak makan. Harga makanan kat sini boleh dikategorikan mahal juga. Average dalam 30-40 satu dish ok. So dengan harga yang macam tu aku mengharapkan sesuatu yang 'mahal' jugak la...

TETAPI

KECEWA!!!!


Spagheti Aglio Olio yang aku order memang tak sedap langsung...Spaghetinya hancur2, seafood hanyir.
Aduhhhhhhh!!!bengang gila, dah la mahal...baik aku makan spagheti kat Pizza Hut camni.
Memang kecewa sangat la, sebab aku baca review macam ok, pastu dah la harga mahal...produk tak setaraf harga. huh!

Rupa saja yang lawa.....

Helmi order Nasi Goreng Kampung. Gambar takde, tapi aku dah rasa...seriously sedap lagi dekat kedai tom yam  area rumah aku. Presentation memang terbaik

Air yang aku dan Helmi order


Ice Lemon Tea


dan Air kelapak...


Bising sangat mamanya dok komplen sana sini...terus bangun anak aku haa..

Pendek kata, memang ini lah kali pertama dan terakhir aku datang sini. Sayang betul...mungkin masa aku pegi tu, chef tu bad mood, tu yang tak sedap. Seriously, memang tak berbaloi duit yang aku spend disini. Total bill adalah nak dekat RM100 jugak. So kalau pada sesiapa yang nak try Subak, silakan...manatau nasib korang baik. Walau hati kecewa, sempat jugak aku posing sedas dua. BTW, inila entrance Subak. Ada banyak lagi gambar entrance ni yang aku ambik, tapi dah hilang bersama BB aku yag hilang itew..uhukuhuk!



Selamat tinggal Subak...tiada jodoh antara kita.


P/s: nasib baik aku tak jadi buat parti kat sini. kalau tidak.......

Share:

0 comments

What do you think?