Review Azanis Scar Serum

Aku ni 2x beranak czer. So parut yang macam pirate tu memang ada. Siap pulak tu aku ni ada keloid. Tau dak keloid tu apa? Keloid tu parut yang hidup, mula-mula rata pastu dia kembung mcm dalam gambar tu. Makin digaru, makin menjadi. Dah la parut czer ko tau la kat mana kan...tergaru-garu terseluk-terseluk dah mcm apa..hahahahahaha! Lucah sungguh kalau kat khalyak awam. Memang tak tahan dia punya gataiiiiiiiii...



So Helmi ada beli Azanis Scar Serum untuk dia try kat parut jerawat dia. Aku tumpang la sekaki, Gigih aku sapu setiap kali mandi. Namun keciwa bagi aku sebab kurang berkesan untuk parut keloid. Aku pun memang tak harap akan ok sebab dah tau sifat perangai keloid ni. Memang payah nak hilang kalau setakat sapu serum or krim ni. Doktor pun dah cakap kalau aku nak repair keloid aku ni kena operate atau cucuk steroid ka apa camtu la. huhu! tak sanggup la aku. 

Keloid ni lama-lama hilang jugak, tapi memang lama betui..aku ada lagi satu parut buang cyst. Lebih 5 tahun baru surut keloid ni. Bukan parut tu hilang, cuma dia dah tak kembong.


Namun tak mau bagi membaziaq Azanis Scar Serum ni, aku sapu kat muka. 

Alhamdulillah! Memang parut-parut kat muka pudar. Pastu aku rasa macam aku jadi cerah sikit. hahaha! ka perasaan aku saja?

Tesktur dia cepat meresap, tak berminyak jadi kulit muka pun jadi lembap. Best gak la. Lagipun bahan dalam serum ni semua tak ada bahan kimia so confident la.

Harga kalau tak silap sebotol RM70 utk15ml. Lama jugak tahan sebab pakai sikit-sikit saja.

So boleh la nak cuba ya...aku tak jual. Aku cuma cerita based on experience.

Kalau nak boleh tengok kat FB diaorang sapa yang jual minyak ni.

Selamat Mencuba!



 Tekstur serum ni lamost macam air sebab dia tak berminyak.





Share:

0 comments

What do you think?