Pengalaman bersalin caesarean di Prince Court

Aku bersalin dah lama sebenarnya..anak aku pun December dah 2 tahun. Almaklumla...lama benor berenti menulis. Macam-macam la teringat nak cerita. Tetiba pulak arini terjumpa gambar ni, bidak ni tengah tido. Teringat susah beranak dulu. Wahh..nostalgia plak..muahahaha

Mula-mula sekali nak bagitau, tak ada maknanya nak berlagak nak menunjuk yang aku beranak kat Prince Court. Almaklum la sekarang ni, kita cerita yang betui pun org kata nak show off. Kalau masuk Prince Court ja nak cerita, masuk hospital gomen tak teringin pulak ya. Dua-dua aku dah rasa. Anak sulung beranak Hospital Putrajaya.Tak ada paling the hebat pun Prince Court. Tawakal Hospital lagi mahal sebenarnya. 

Ok..kalau rasa nak tau boleh baca, kalau rasa nak keji..sila blah. Blog aku tak glamer ni pun ada haters. Sian orang jiwa kacau ni.

Ok lahhh...

Anak aku yang no 2, due date ialah 3.1.2014. Patut jadi anak tahun baru la tapi dah tak menyabar nak keluar. So aku kena czer 29.12.2013. Sian baru baru beranak 2-3 ari terus umur dah bertambah. Kalau ikut tahun la..hahaha

Actually kalau ikut plan semua, patutnya aku beranak normal. Semua ok...sampai la dah very last minute. Sebab baby tak keluar2 gak terpaksa la aku emergency czer. Anak aku yang sulung pun aku kena czer sebab dia songsang.

Aku check up semua macam biasa, sampai la dah week 41 masa tu. Langsung tak ada rasa sakit. Penat ada la. Perut dah besar gaban. Anak aku yang ni besar sikit. Contohnya mcm at 30weeks baby lain berat 500gm, dia dah 700gm. Bising doktor suruh aku diet. hahahahha..hari2 tibai roti canai. Nafsu makan pulak hari-hari nak makan daging. Ayam tak lalu, tengok pun menyampah. Keji betui..hahahaha

So hari Jumaat 27 December aku dah start sakit. Rasa mcam contraction kerap2. Aku kan tak pernah beranak normal, manatau kerap tu mcmmana. Siap call hospital. hahahahha. Padahal kat rumah siap pakai contraction timer. Tak regular pun tapi dah gelabah. Maybe tak sabar nak beranak sebab dah penat usung perut. Nurse tu pun pening nak layan aku, Dia kata kalau dah tak tahan sangat datang la hospital. Meh sini dia cek. 

Ok kak! segera saya sampai...

So pegi la dengan laki aku, cek2 semua. Manada apa. Bukaan apa pun belum. Nurse tu kata lambat lagi ni. Sebab macam nak beranak sulung balik. Dis suruh balik la. Aku siap ngada nak duk wad. Lempang baru tau..hahahhaa. Bila aku ingat balik, bengong plak aku ni. Kalut ja.

So balik rumah, siap pegi ronda The Curve hari Sabtu tu. Beli cadar baru bagai. Sambil ronda sambil sakit. Aku tahan saja sebab tak mau false alarm lagi. 

Balik malam tu makin sakit. Dia punya contraction pun dah panjang2. Aku tak mau malu kali kedua, aku tahan ja la. Sepanjang malam tak boleh tido. Sakit datangdan pergi. Gelisah tak tau apa nak buat. 

Dalam pukul 4pagi mcmtu dah tak boleh tahan. Terus Helmi bawak aku pegi hospital. Aku bajet, kalau mcm ni punya sakit tak lama beranak la ni...yessa!

Sekali bila dah cek in labour room bagai, cek semua baru bukak 3cm. Adoi la! Mengada sangat ni terus request Epidural. Nurse kata mana boleh, at least 4cm baru boleh administer. Hadoi la! Camni rupanya sakit nak beranak normal.Tapi dia kata nanti dia akan paggil doc bius datang cek, kadang-kadang 3.5cm pun dah boleh. 

Baby punya barang pun dah prepare tapi tak ajdi kelaur kat sini.


So dipendekkan cerita, doc pun datang la cek. Dia kata ok la..Boleh la pasang epidural. Masa tu dalam pukul 3 ptg. Dah setel pasang epidural, Doc bagi pecah air ketuban pulak. First time aku tengok berapa banyak air ketuban tu..hahahahha.

Pastu dia suruh tido, dia kata dalam pukul 9 rasanya dah beranak. Fuhhh lega aku dengar, sakit pun da kurang. Pakai epidural ni bukan tak sakit langsung cuma kurang banyak. Aku pun apa lagi, belasah tido la..dah berapa malam aku tak tido. 


Kejap-kejap nurse datang cek.


Dah sampai pukul 9 malam apa pun tak terjadi lagi ni, opening pun tetap 3.5cm. So doc decide aku kena czer sebab dah lama sangat sakit pastu bukaan pun dok mcm tu jugak la. Tiba-tiba ja aku jadi syahdu syahdan tahap menangis teresak-esak. Aku pun tak tau pasai apa. Maybe frust sebab tak dapat beranak normal, maybe dah penat. Entah la...

So aku pun dibawak turun ke bilik operate. 

Dup dap dup dap...

Masa tengah operate aku boleh rasa sakit ok..sakit pedih mcm tu. Siap bertekak dengan doc bius suruh top up ubat. Dia kata dah maximum dengan berat aku. Aku redha saja. Nurse dok siap pujuk-pujuk, sabar kak ya, dah nak siap dah ni. Doc pulak dok bebel sebab parut lama aku yang belah dalam tak cantik. Siap pesan jangan makan pati haruan lagi dah. Jadi selaput kat belah dalam.

 Helmi tak boleh masuk sebab emergency czer...ppfftttt!

Aku dah tak pedulik, janji semua selamat. Sebab anak aku besar, masa doc nak keluarkan siap dengan aku terangkat badan. Allahurabbi!

Selesai semua keluar la budak ni.



Ahmad Khaer Rizqin Bin Ahmad Helmi

Alhamdulillah. Semua selesai, aku pun naik balik ke wad dalam pukul 11.30 mcm tu. Sakit tak abis s. Ubat tahan sakit dah tak boleh ambik kena tunggu next pukul 6am so redha tunggu sampai pagi. Siap meracau sebab sakit sangat. 5.50am aku dah suruh Helmi bagitau nurse suruh standby ubat. hahahah..kalut memanjang...

Ni dah esoknya...siap bagi pakai benda ni. Baby pun ada satu kat kaki. Bila duduk dekat-dekat dia keluar muzik. Aku peqak, asyik membelek...hahahahaha

Hari Selasa tu dah New Year. Aku masih kat hospital. Dapat la tengok bunga api free. Korang pilih la date dekat-dekat New Year..untung2 dapat tengok bunga api..hahahahhaha




So total days aku dok kat hospital ialah 5 hari 4 malam dengan total bil RM10k. Ni termasuk charge labour room, charge operation dan nursery. 

So sekarang budak ni dah besar....dah banyak akal.

Namun parut aku masih tetap gatal...hahahahha..hadoiiii



Share:

0 comments

What do you think?