Ciri-ciri orang yang berjaya dalam bisnes.

Lately ni aku banyak blog-blog orang yang dah berjaya. Especially yang berjaya dalam bisnes. Tak semestinya dia kaya raya teragung dah, yang dah berjaya memulakan bisnes pun aku baca. Sebab nak mula tu pun bukan senang. Sebenarnya step yang paling susah nak buat ialah BERMULA. Taking the first step. Sebab ada banyak uncertainty, tak tau nak berjaya ke nak melingkup projek kita tu. Nak pulak kalau kena ambik banyak risk. Labur duit yang banyak nak mula bisnes. Berhenti kerja tetap yang ada gaji tetap sebab nak mula bisnes. Hoi! scary..aku dah rasa..

So antara ciri-ciri yang aku nampak ialah:

1. Confident
2. Berani untuk ambik risiko
3. Passionate dengan apa yang dia buat. Kalau jual mekap, siang malam pagi petang cerita pasal mekap. 
4.Kalau dia partner dengan suami atau isteri, each other memang bagi back up kuat. Tolong bukan setakat hal bisnes saja. Hal family pun tolong sama, Ada suami yg dia tak buat bisnes, isteri dia buat tapi dia tak back up. Expect timing kerja mcm org makan gaji. Ada yang bagus, even kalau weekend pun isteri atau suami kena keluar urusan bisnes, either one tolong handle hal family. Kalau suami yang tolong handle, mmg aku super respect. Sebab selalu aku dengar (aku tak kata semua) suami yang semua pun dia kata tak reti buat. Semua harap isteri. Untung la korang yang dapat husband yang understanding gila.

5.Family bagi support. Bila jadi usahawan ni, banyak naik turun. Sebelum nak naik, kdg turun dia tu teruk sgt. Sampai tahap sekupang duit pun dah tak ada. Masa tu la mula nak kena attack kiri kanan. Mula la keluar ayat-ayat pemedih jiwa.
"nak berniaga sangat, tengok apa dah jadi"
"Kalau tak berenti keja dulu puntak jadi macam ni"
"Dah ada keja elok-elok, ko berenti. Cari pasal berul la"

Kalau sobirin tak kuat...memang nangis tak berlagu ja hari-hari.

6. Financially ada back up. Let say, isteri yang nak buat bisnes. dia tak payah pening sebab yang lain-lain especially basic living necessity semua suami dah cover. Dia boleh fokus naikkan bisnes. Kalau ada extra then boleh la spend lebih sikit. 

7. Ada ilmu, kalau tak ada berani pergi cari. Ni penting ni...kalau tak tau pebenda satu pun memang tak jadi. Kena belajar sikit-sikit kalau tak dapat belajar banyak-banyak.
Namun, macamana timba, gali, korek ilmu sekalipun tetap kita akan buat salah dan tanggung rugi, Tak ada bisnes yang perfect. Start2 terus maju. Graf mencanak serupa anak panah. Tak apa, salah dan silap tu pengalaman. Kalau tak ada pengalaman kita tak akan belajar. Bila kita tak belajar, kita tak akan berjaya. 

8. Berdoa, tawakal dan mengadu dengan Allah. Allah knows best.


Setakat ni 8 ciri-ciri ni lah yang paling aku nampak membantu kejayaan. Selalunya bukan senang nak hidup seimbang, bisnes, famili, personal time tapi nak senang kena la berkorban kan.

ok..aku nak pegi cek berapa banyak ciri aku ada sekarang!

SELAMAT BERJAYA SEMUA


Share:

0 comments

What do you think?