Kena rompak dekat traffic light!!


Pagi tadi lepas hantar Keisya pegi skolah, on the way balik tu...lampu merah kan. so semua stop la..

Aku plak pagi ni tetiba datang mood nak dengar lagu kuat-kuat. Sambil pikir macam-macam yang aku boleh pikir.

Tiba-tiba aku dengar bunyi macam benda kena ketuk. Aku ingat ka ada la keta eksiden ke apa. Sekali aku toleh, ada setan dua ekor atas motor tengah nak merompak. Yang setan kat belakang tengah ketuk cermin tingkap sebelah passenger tu. Dua kali ja dia ketuk, teruk berkecai. Aku rasa dia ketuk pakai hammer atau something keras. Sebab tak nampak dia pegang helmet. Pastu lubang kat cermin tu tak besar sangat. Dia cuba dok tarik beg driver tu tapi tak lepas sebab beg tu besar and lubang tu kecik. Alhamdulillah beg tu selamat, lain-lain kecederaan pun tak ada. Lepas dah tak berjaya setan tu pun blah.

Aku yang kat tepi ni dah macam tak ada tulang. Rasa lembik seluruh badan. Apa pun tak boleh nak buat. Ambik ganbar lagi jauh sekali la. Dekat gila dengan aku, kalau aku bukak tingkap capai pun dah boleh kena perompak tu. Kalau aku sengetkan kereta, mesti tersepit dia kat situ. Aku macam nak buat tapi kalau dia ada pistol macam mana? Dah tersepit kat situ, mau ditembak berkecai kepala aku. NAuzubillah hi min zallik. Kesian kat anak aku yang dua orang ni.

Sekarang ni kena hati-hati lebih sket. Barang-barang jangan letak la atas seat passenger tu. Kalau boleh letak kat bawah depan seat blakang. Bole paham ka? Kalau nak lagi elok letak dalam bonet terus. Pastu jangan la leka dengan keadaan sekeliling. Jangan asyik main fon saja.

Nak menolong sekarang pun seram, penjenayah sekarang bukan macam dulu. Pistol tu dah mcm aksesori ja. So mari la kita sama-sama beringat, sama-sama berjaga.

Aku harap akak tu tak trauma. Letak tinted 7 lapis lepas ni. 

Apa-apa pun semoga kita sentiasa dilindungi Allah. Amin....


Beg aku walau macam konduktor bas, mak aku kata, tetap aku pakai yang ni utk setakat nak hantar anak, pegi pasar sebab senang. Naik keta aku campak ja kat depan seat belakang. 


Share:

0 comments

What do you think?