Pengalaman pertama menyusukan anak

Aku lah SUPERMAMA!

Meh aku nak share sedikit sebanyak experience menyusukan anak...aku bukan nak mengajar sesiapa, cuma nak berkongsi. Pengalaman setiap ibu tu berlainan, jadi aku rasa apa salahnya berkongsi kan..kan..kan..?Mana la tau ada benda yang aku bleh buat teladan... 

Ok jum lah bermula, sedikit pengenalan...anak aku sorang ja, (setakat ni la) adorable little girl. Aku dah menyusukan dia selama 1 tahun 4 bulan. Fully breastfeed sampai 1 tahun, lepas tu dah mula bercampur dengan susu formula. Sekarang lepas balik keja je dia akan fully breastfeed. How I wish aku lebih kuat untuk terus fully breastfeed dia.100% susu ibu tanpa campur....tapi tu la willpower agak kurennnggggg..terjebak jua dgn susu formula. Aku bukan nak condemn sesiapa yg nyusukan anak dengan susu formula, ini semua personal preference. Suka ati korang la nak susukan mcmmana, janji korang bahagia, anak korang sihat walafiat dan cemerlang!!!

Masa aku pregnant, memang aku dah set target, anak keluar ja, aku mmg nak breastfeed. Langsung tak ada check out susu formula apa yg ada di pasaran, ala2 tegar la..hahaha. Aku bersalin pun kat spital gomen and memang spital gomen ni sangat2 mengalakkan, menyuruh, mengajar ibu2 untuk bagi susu badan. Memang kepantangan nurse2 kat sana kalau ko sebuk2 nak bancuh susu tepung tu. Ada kawan aku tu, suami dia siap seludup susu tepung…(dh mcm seludup ganja lak gayanya..huhuhu)

sabar baby... karang mama balik nyusu lah puas2
(gambar ehsan Google)


Within satu jam lepas bersalin, terus baby aku diletakkan atas dada, and secara auto dia terus hisap. Aku bajet mmg semua baby camni la...by default dah tau apa nak buat bila letak atas dada tu, rupanya Doc aku cakap ada jugak baby yg tak tau apa nak buat pastu nangis2 sebab lapar. Welll....confirmed anak aku pun cam aku gak, bab makan xpayah diajar..hakhakhak!!:P.

Ok FYI, sangat penting ya untuk baby dibreastfeed within 1st one hour tu supaya dia dpt khasiat kolustrum (cecair yg mula2 keluar yg mengandungi khasiat2 penting untuk baby) dan untuk established milkflow...(wahhh...speaking like a doctor ayy!!)alahhh..benda2 ni semua ko boleh google and buat la research sket. Nak jadi parent kena la timba ilmu, jgn ko menimba air jer..ok girlfren?:D

Ni la rupa kolustrum tu...yg sebelah kiri
(gambar ehsan Google)

So basically tu la first experience aku masa mula2 menceburkan diri dalam bidang penyusuan ibu nih …TAPI tu pengalaman pertama jer, pastu mcm2 lagi aku lalui…sampai lah ke hari ni. Nanti aku share lagi experience2 yg lain okay?

Cuma satu pesanan aku, kalau kita dah tekad nk menyusukan, insyaallah Allah akan bantu walaupun kdg kala jalan tu agak berliku jugak la. Besar pahala dan manfaatnya buat kita dan anak2 kita.So tabahkan hati and CHAIYOK2!!

Allah swt melalui firmannya di dalam surah Al Baqarah, ayat ke 233:

"Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan"

(surah Al Baqarah ayat 233)

Share:

1 comments

  1. harap aku jugak dapat bagi susu badan kat baby hehe

    ReplyDelete

What do you think?