Beijing - Part 2


Day 2-4


Lepas dah rehat malam tu....menu dinner tu, kari sardin...perghhhhhhh...syahdu tu, sejuk2, lapar2 gitu layan nasik putih dengan kari sardin.hehehe....Tips: kalau korang rasa korang akan banyak travel, dan almaklumlah kita ni selalu bila berjalan tempat orang, especially yg kita macam tak berapa pasti halal haram makanan tu, kita akan ada sedikit masalah nak makan.Jadi aku syorkan keluar duit sikit dan beli Travel Cooker. Yang kat dalam gambar ni bukan aku punya, aku pinjam sebab model yang mcm ni tak ada jual kat Malaysia (kalau sesiapa tahu kat mana ada jual boleh la share ok...).Last time aku nampak ialah kat Singapore.Tak kisah la mcmana modelnya, as long as sesuai dan boleh digunapakai..jalan jer....:)
Travel cooker jenama Sanyo


Disebabkan aku dh agak lama pegi Beijing ni...aku dh tak berapa ingat dengan jelas, aktiviti apa, dan hari apa yang kitaorang pegi. Tapi korang tgk la gambar2 ni okay...(sorry!)


Makanannnnnnnn.........



ni kat dataran depan Bell Tower...bleh naik beca tu, nanti dia bawak round2...kena bayar of course.....


Askar tgh berkawad kat Tiannamen Square


askar...close up...hahahha

kak aku ader cerita pasai mayat Chairman Mao simpan sini..tapi masa aku pegi tak boleh nak tengok sebab ada official visit dari siapa tah...



Entrance to Forbidden City

signboard


sungai yg dah beku...

ni bilik-bilik untuk gundik maharaja....brapa banyak daaa....

tak ingat apa ni...


park towards the exit of Forbidden City..poko2 ni semua berusia beribu tahun.mcm rasa seram pun ada, kalau la pokok2 ni boleh bercakap, harus aku interview...apa la yg jadi dulu...


cherry blossom

pink cherry blossom...so beautiful...


after thousand of years...batu ni pun jadi mcm ni....


fokus kat kenderaan yg petak mcm motor jual roti tu...itu lebih kurang mcm tuk2..nama tak pasti sebab tak paham apa driver dia ckp...Tips:sebelum naik tawar menawar dulu.pastu kalau kasik duit and ada balance sila check betul2.diaorg ni pantang ada peluang, mmg la nak kapur jer...

Kitaorg on the way nak pegi Wang Fu Jing Street.jalan tu ala2 Bukit Bintang area la kalau kat KL ni...high end punya barang2...kat sana ada satu Tourist Info Counter, tapi yg sedihnya..ckp very limited english.nasib baik ada jumpa sorang Singaporean, so dia tlg jadi translator...:D.Kitaorg pun tanya kaw2 semua info, pastu mkn McD, jalan2 area tu, pastu balik hotel and berehat...badan memang tak berpeluh tapi, hingus meleleh2..huhu...


Esoknya kitaorang  keluar lagi jalan-jalan...arini kitaorg pegi GREAT WALL OF CHINA..haaaaaaaaa sampai gak aku kat salah satu keajaiban dunia....bangga siot!akakkakaka...tapi banyak dah runtuh, yg kitaorg dok panjat tu dh dibina semula oleh kerajaan China...aku bayangkan, aku yg jenjalan biasa gini pun xtahan ngan sejuk, apatah lagi diorang yg bina tembok ni dulu..tak pakai baju sejuk semua tau..pakai cam ahli sumo tu jer...huhu..tak dapat nak bayangkan...

entrance to Great Wall. kat sini la aku jumpa anjing besar gila, gebu gila, muka garang gila...huuuuu..gerun mak!btw..kat wall ni kira mcm ringkasan pembinaan tembok tu...


tembok yg diselaputi salji


tetiba de unta gunung kat sini...buat ambik gambar


another view from another angle

Basically tour ni akan ambik masa sehari...kitaorg punya start pukul 11am sampai 7pm. Kitaorg gamble ja...jumpa tour ni kat Tiannamen Square, so pegi Ba Daling untuk naik kat atas tembok tu. Tour ni inclusive of lunch, pegi 3-4 tempat, kilang jedm kilang itik peking, pegi makam diraja...harganya dalam RM50 seorang.murah gak kan?tapi kalau korang jenis tak kisah adventure, boleh ambik tour ni, if not booking in advance.After tour dah habis, kitaorg pun balik la otel...jumpa kedai mee muslim tgh jalan, makan dulu..sedappppppppppppppppppp!!!rehat dan simpan tenaga untuk esok...

Esoknya...ke Stadium Olimpik Beijing..yeahhhhh!!!




segerombolan orang menuju ke stadium....masa ni suhu ialah -4 darjah selsius.Bangunan kat belakang tu ialah Water Cube.masa olimpik dulu, ni tempat acara berenang...kalau malam sgt cantik...


ni kalau malam...pas pasang lampu jadi camni la..lawa ek?

entrance to the stadium...tak kena bayar, cuma security guard tu nak scan bag


Stadium Olimpik...agak kabur sebab sandstorm coming...


Media Centre


Hard Rock Cafe Beijing


The Happy Faces!


hehehehe

so the end of our Beijing journey...hopefully korang terhibur la tgk gambar2 ni semua...sorry for the lack of info...again..this is just testing posting...wait for my next posting...it will be about blue sky, clear water, and Mr. Turtle....if ada any question, dont hesitate to ask okay...:D

CIAO!

Share:

0 comments

What do you think?