Hal 3: Di suatu pagi yang hening....


Pagi ni masa aku tengah on the way nak pegi keje, sesuatu telah terjadi….

Masa aku dekat traffic light nearby rumah aku, ada satu kereta Kenari warna merah. Keta ni tak gerak2 walaupun lampu dah hijau. Pastu husband aku cakap, “ada org ke tak keta ni nih….pesal dia tak depan?”.
Memandangkan masa tu subuh sepi’ie gelap, aku suruh saja lah dia take over. Masa passby tepi keta tu aku nampak driver dia menyenget ke tepi, mata pejam. Aku bajet mesti termembuta la ni, sbb traffic light tu mcm lama sikit. Pastu mula instinct Sherlock Holmes nak kick in kanaku ckp kat husband aku,”Kalau pasni kita lalu sini, dia ada lagi…confirmed sesuatu”…maka dengan persetujuan itu, kami pun meneruskan perjalanan hantar anak aku kat rumah my mother in law.

True enough, masa aku lalu kat situ tuk kali kedua, keta tu still kat situ and masih diposisi yg sama. Maka sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, terus aku call 999. Lepas dah bagi serba sedikit details tentang posisi aku, operator tu pun pass call aku kat POLIS. Elok masa telipon POLIS tu tgh berdering…keta tu boleh jalan!aisehmennnnnnnn!!!!!!kacau2…apa mau ckp sama POLIS???? Nasib aku baik dowhhhh…POLIS yg jawab telipon tgh separuh tidor. Suara mmg ala2 lepas mimpi baeekkk punya. Dia setakat hhmm…hhmmm..hhhmmm…pastu letak tipon.(Kalau la betul emergensi mesti aku dah jerit kat POLIS tu suruh dia bangun)

Pengajaran yg aku dapat daripada kisah pagi ini ialah:
1) Rakyat Malaysia ni mmg tak suka jaga tepi kain org langsung. Sebab haram tak de sapa pun yg hon kete tu. Termasuk la aku..hehehe (aku sebenarnya cuak2 ayam gak, ko tau la Jah skrg ni bukan boleh main hon sebarang…kang ditibainya ko dengan kayu hoki…huhu)
2) POLIS perlu disupply dengan lebih keffein supaya mata2 mereka lebih terbuka…kalau camtu la encik jawab telipon, sedih saya kalau betul2 ada emergensi.
3) Baru pagi ni aku tau aku ada gak perangai semangat SATU MALAYSIA…weehoooo!!:D(sikit ada bangga la..kehkehkehekeh)

Share:

0 comments

What do you think?