Update: Kinder Kaizen Activities



Sejak Keisya start dekat Kinder Kaizen, tak pernah pulak aku update yer... Aktiviti diaorang memang banyak. Macam-macam buat. Buat cookies la, buat bot la, lukis batu la, tulis surat pos kat diri sendir pun ada. Macam-macam lah. Aku selalu tengok update dekat FB page Kinder Kaizen Gombak . Comel-comel ja aku tengok memasing. Gaya macam dah besar sangat pun ada kadang tu. Hari-hari ada ja benda nak cerita kat aku. Kadang-kadang balik baju penuh dengan paint colour tu. Teacher siap pesan, "Puan tak payah pakaikan baju cantik-cantik sangat. Nanti penuh kena colour". Baiklah..aku pakaikan t-shirt lama-lama je. Penuh cat pun jiwa tak sakit. 

So layan la gambar-gambar semua ya.


Buat Kufi Khat. Masa ni Keisya ada sleepover activity kat school sempena cuti sekolah.


Tak pasti la aku buat apa ni. Macam gambar kucing tak kucing. Tulis cina tak tulis cina gitu. Hahahahahaha!


Masa lepas mandi pagi during sleepover tu. Aku dengan Helmi emosi terusik sangat masa ni. Hahahahahaha! Anak dah besar, dah pegi tidur sendiri, dah tak takut kena tinggal. Mak pak yang over. HAhahahhahaha!


Tak silap aku ni sesi menulis storybook. Tulis-tulis (conteng la lebih) pasu lipat-lipat buat buku. Tukang kena baca aku lah.


Ni diaorang belajar pasal world continent. Teacher cerita masa ni seboleh-boleh Keisya nak lukis Autralia sebab kaler pink. Hmmm..sabar jer la


Muka penat. Lepak kejap masa kat Muzium Negara. Ada field trip pegi Muzium Negara dan Balai Bomba. Balik tu Keisya cerita kat aku:

"Mama..ada orang tu tak malu masa kat Muzium."
"Kenapa?"
"Dia pakai kain sikit je kat bontot dia"
"Alamak ye ker? Dia buat apa lagi?
"Dia bawak kambing dia jalan-jalan tapi tak gerak-gerak pun"

ohhhh...ni mesti patung orang zaman batu ke hapa ni...hahahahhah. Innocent ja budak-budak kan.



Pas dah ke Muzium, pegi Balai Bomba pulak. Suka sangat boleh tengok Bomba spray air.

Pastu dapat naik motor Bomba pulak.


Suka la tu. Ada sekali dia ajak aku naik motor. Senang jer ma..naik jer pastu jalan. 
Kekdahnya nak oi...mak ko kaki pun xsampai..huhu.


Ni buat fruit boat.


Dah bertabur lak gambar. Ni kembali ke field trip. Tengah beratur kat balai Bomba.


Buat muffin. Bake and eat.


Ni buat mango and orange juice.


Buat apa tah ni...aku bajet buat puppet kot. hahaha!


Ni belajar pasal Malaysia pulak. Anak aku kecik-kecik dah reti Geografi. Aku dulu lemah bab-bab peta ni. Semoga dia pandai dari aku. Hahahaha!

So far, aku sangat berpuas hati dengan Kinder Kaizen ni punya activities. Back to fitrah anak-anak, learn through play.

Kalau ada rezeki lebih, Insha Allah nak hantar sampai dia umur 8 tahun.

Semoga dipermudahkan.

Sesiapa berminat nak hantar anak-anak boleh la check out FB page diaorang ya!


Share:

0 comments

What do you think?