Khasiat Rose Water


Kegunaan Dan Faedah Rose Water

Ini antara produk pertama kami. Rose Water, Pure & Natural. 100% bahan semulajadi. 

Produk yang simple tapi banyak kegunaan untuk kita.

Rose Water dapat memberikan banyak faedah kepada semua jenis kulit, dapat menyamankan dan menyejukkan kulit yang rengsa dan sensitif. Memberikan keseimbangan dan mengurangkan kulit berminyak. Ia juga mampu melembutkan dan mensekatakan kulit. Kulit yang glowing juga mampu dicapai dengan Rose Water

Rose Water dipenuhi dengan anti oksidan dan pebagai vitamin semulajadi. Rose Water juga mempunyai antiseptik semulajadi, dapat mengurangkan kebengkakan akibat jerawat dan juga sebagai agen anti bakteria.

Apakah kegunaan yang sesuai untuk Rose Water ini?


1. Penggunaan kerap Rose Water sebagai Toner dapat mengelakkan kedut dimuka kerana ia mampu memperlahankan proses penuaan, mengecilkan pori-pori dan menambahkan seri dimuka.

2. Gunakan Rose Water untuk mengurangkan mata yang sembap. Bagaimana caranya?
Letakkan botol Rose Water ke dalam peti sejuk selama lebih kurang setengah jam. Kemudian titikkan ke atas cotton pad dan tekap di mata anda. Ia mampu mengurangkan mata yang sembap.

3. Segarkan muka sepanjang hari dengan menyembur Rose Water ke muka sepanjang hari. Cuaca di negara kita memang panas, terutamanya waktu tengahari. Melekit dan berminyak. Panas dan berbahang muka kita jadinya. Semburkan saja Rose Water ke muka bila-bila masa kita memerlukan kesegaran segera. Ia akan melembapkan secara semulajadi disamping menambahkan khasiat dan keserian muka. Bau yang lembut juga sangat menyamankan. Sejukkan dulu untuk kesegaran yang lebih.

4. Tambahkan beberapa titis Rose Water ke dalam air mandian atau untuk yang tidak ada kolah atau tab mandi, tambahkan didalam air bilasan terakhir yang diletakkan didalam bekas berasingan untuk wangian dan kesegaran semulajadi.

5. Kalau anda mempunyai kulit yang kering, sapukan dengan Rose Water. Anda akan dapat rasa kelembapan serta merta!

6. Saya mempunyai kulit yang sensitif dan kering. Losyen penanggal mekap biasa akan membuatkan kulit saya merah dan pedih. Sekarang saya cuma gunakan Rose Water sebagai penanggal mekap. Tidak ada kesan sampingan kerana elemen semulajadinya. Jika pembersihan yang lebih mendalam, campurkan Rose Water dengan minyak semulajadi seperti Virgin Coconut Oil atau minyak zaitun. Namun ingat, jangan gosok terlalu kuat. Kulit yang selalu digosok dengan kuat akan lebih mudah berkedut. Gosokkan ke atas jika membersihkan leher anda untuk melambatkan kedut.

7. Bagaimana untuk mengekalkan solekan sepanjang hari? Hanya semburkan Rose Water sekali sekala sepanjang memakai solekan. Ia juga mampu membuatkan finishing mekap anda lebih cantik dan glowing.

8. Bayangkan anda tidur sambil menghidu bau Rose yang lembut dan menyamankan. Bagaimana caranya? Semburkan pada cadar dan sekeliling bilik sebelum tidur. Berpada-pada bila sembur pada cadar, jangan sampai basah lencun! ;)

Macamana? Banyakkan kegunaan Rose Water ni...sesuatu yang ringkas tapi banyak khasiatnya. Yang paling penting, ianya semulajadi!

Selamat mencuba! 
                                   




Tags:

Share:

0 comments

What do you think?