SHOPPEE & CAROUSELL

Shoppee & Carousel

Zaman sekarang ni macam-macam cara boleh buat untuk tambah pendapatan. 

Paling popular sekarang ialah berniaga online. Senang berniaga online ni tak payah nak ada kedai. Banyak dah tu kurangkan kos.

Kita kat Malaysia ni paling glamer jual kot Facebook dan Instagram. Kalau kat FB asyik PM,PM,PM..hahaha..kadang-kadang dah bagi semua details and cara beli pun masih jugak nak PM. Pening yang menjual tu. Marilah kita rajin-rajinkan diri membaca segala details sebelum tangan laju nak menaip.


Paling senang sebenarnya kalau berniaga pakai website yang ada e-commerce. Siap boleh bayar pakai credit card atau bank transfer direct dari website tu. Semua payment details terus pegi ke buyer. Tak payah lagi la dah nak snap gambar resit hantar Whatsapp. Kadang tipu punya resit pun ada. Macam-macam sungguh. Whatsapp pun satu hal, berjela-jela pastu ramai pulak tu nak kena layan. Customer service tu penting tak dinafikan tapi kadang-kadang customer hantar mesej pukul 1 pagi pastu harap seller jawab masa tu jugak. hoho! Aku dah pernah kena...bila tak jawab marah pulak dia. I tido la..I bukan robot 24 jam pegang handphone ambik order. haha!


Sekarang tidak perlu risau lagi...segala urusan telah dipermudahkan. Memperkenalkan SHOPPEE & CAROUSELL. Aplikasi telefon untuk urusan jual beli secara lebih pantas dan mudah.

Aku dah ada kedai kat dua-dua apps ni. Setakat ni dah buyer yang berminat. Alhamdulillah. Cuma bezanya Shoppe dan Carousel ni, Shoppee kita boleh terima payment terus masuk akaun. Carousel pulak kita kena buat arangement dengan buyer kita la.

Dua-dua apps ni pun aku jual barang-barang preloved aku. Barang anak-anak yang masih elok and baju-baju yang aku dah tak boleh pakai.

So kalau ada masa silakan melawat Shoppee dan Carousell I ya..

Ni dari Carousell



Yang ni pulak kedai di Shopee.

Semua apps ni free ok.

So sesiapa yang rasa nak berniaga online dengan mudah dan modal yang rendah, boleh la cuba platform ni.

Selamat Mencuba




Share:

0 comments

What do you think?