Macamana nak berniaga?

Sejak aku menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni, ramai orang tanya aku macamana nak berniaga? Aku bukan expert, masih terlalu baru pun kalau nak ajar-ajar orang macam-macam.
Cuma aku boleh berkongsi pengalaman sendiri selama setahun lebih berniaga selama sepenuh masa ni.

NIAT
Apa pun yang nak kita buat, benda tu tak akan terjadi secara automatik. Semua kita kena mulakan. Macammana nak mula? Mulakan dengan niat nak berubah, niat nak berniaga. Berniaga ni sebenarnya ultimate goal dia bukan nak cari duit. Duit itu complementary kepada action berniaga kita tadi. Do the right thing, the money will follow. Ambil tindakan pertama dulu: Pasang niat kemudian kita ke tindakan ke 2 iaitu mencari ILMU.


ILMU 

Ini yang paling penting sekali kita kena ada. Tak semestinya sampai kena ada PhD baru nak mula berniaga. Nak dapat ILMU ni banyak cara. Ada yang kena masuk kelas, ada yang kita kena buat pastu baru kita dapat. Ada yang sampai kita jatuh melepek baru kita faham. 

Ambil la inisiatif sikit, baca buku-buku bisnes. Tak kisah la dari barat ka dari timur ka dari Malaysia ka, janji baca. Ini macam kira peringkat teori la sebelum kita buat praktikal. Kalau rasa bajet tak ada nak beli buku banyak-banyak. Cari kat internet. Macam-macam jenis artikel, tips, how to, incpirational stories yang kita boleh jadikan panduan. Aku selalu cari artikel-artikel yang menarik untuk baca especially bila stuck somewhere. Kalau kat FB, boleh follow page macam Entrepreneur, Puan Ainon Mohd dan ramai lagi. Usaha la cari tokoh-tokoh usahawan dekat FB ni dan follow diaorang. Kata nak jadi USAHAwan kan? rajin la sikit.

Kalau ada bajet boleh masuk kelas berniaga. Pilih coach yang betul. Macamana nak tau betul ke tak? Make sure yang dok ajar kita tu dia pun business person. Business person yang berjaya ada business yang meletops. Kalau bisnes dia pun suam-suam kuku macamana dia nak ajar kita. Lagi satu kalau nak cari coach business carilah yang ikhlas, bukan sekadar mengajar sebab nak buat duit. Kita jangan obses dengan sesiapa pun. Pakai mata hati dan nilai siapa yang boleh kita ikut. Kalau obses, nanti buta mata hati ikut membuta tuli. Faham?


TINDAKAN

Dalam banyak-banyak ini yang paling penting. TINDAKAN. Kalau niat dah ada pastu dah pergi belajar sana sini tapi balik semua peram saja memang tak akan jadi apa. Bukannya kita terus balik bukak kedai pastu order barang satu kontena dari China. Bukan ya tuan puan. 

Start something, take baby step pun tak apa. Kalau kita belum ada produk, mula la dengan jual barang orang. Ini dipanggil calculative risk. At least kita mula dengan modal kecil, kalau lebih bagus tanpa modal langsung. Tapi tolong lah jangan mula bisnes tanpa modal yang menipu orang. Kutip duit orang sana sini, pastu lesap. NOTHING WORTH IT COMES EASY! Kalau buat bisnes ni senang, harini mula esok kaya...semua orang akan buat. Mesti ada sweat, tears and blood yang akan kena sacrifice. Lepas dah pandai jual barang orang, baru la kita jual barang sendiri. Slow and steady. Rome wasnt built in a day.

Remember...the journey to top memang akan sangat menyakitkan. tapi sakit ni indah bila kita dah sampai kat atas. I'm not at the top yet....masih on the way. So mari lah kita sama-sama berusaha sekuat hati kita. Nothing will change until we change ourselves. 

Aku doakan kita sama-sama diberikan kekuatan, ketajaman minda dan iman yang kuat untuk sampai ke puncak, Amin!

Sanggup redah pasar berlengas busuk sebab nak cari barang?


  Cukup tebal tak muka nak berniaga?

Business pertama aku

Sanggup tahan muka tukar kaler dah macam apa?

Ni semua part and parcel of success!









Share:

0 comments

What do you think?